Inilah dia Pak Long Mya, Mohd Fadzli dan pasangannya Zainab (Zai) yang melansungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di Jln Klang Lama. Adik Fadzli iaitu Farah (Ibu Mya) sebenarnya dah booking Tinta Creative dari pertengahan tahun lepas lagi. Alhmdulillah, majlis berlansung sederhana tapi cukup meriah.
Ini kali kedua kami bertugas di Taman Sri Sentosa ni. Penduduk sini memang sangat bekerjasama hal-hal kenduri kendara ni. Macam kenduri kat kampung je rasa. Dari masak memasak, hingga kumpulan marhaban dan pasukan kendarat, semuanya penduduk setempat yang buat. Cuma fotografer je impot dari Kuantan hehehe.
Untuk Fadzli dan Zainab, Tinta Creative mengucapkan selamat berbahagia ke akhir hayat!
psttt…first time fotografer dapat tengok orang siapkan udang panjat, pastu dapat makan plak! huhu…best!

































