










Tinta Creative Photography & Design (CA0150040-D)
Nur Akmar&Dr. Mohd Amir
Ampang, Selangor
Jurufoto : Uda












Pernikahan antara Akmar dan Dr. Amir berlansung pada petang Selasa, 05 Mei 2009 di Masjid Bukit Indah, Ampang. Majlis yang sangat sederhana, ringkas tapi penuh bermakna buat kedua mempelai. Akmar yang berketurunan Cina di sebelah ibunya bertemu jodoh dengan Dr. Amir yang merupakan saudara baru, dari keluarga berketurunan Cina juga selamat disatukan dengan sekali lafaz, dengan disaksikan keluarga kedua belah pihak.
Kami yang bertugas merakamkan majlis bersejarah ini juga rasa berbesar hati, dan tumpang gembira dengan penyatuan dua insan dan keluarga 2 bangsa ini. Semuanya kelihatan cukup harmoni dan ceria sekali.
Majlis resepsi pasangan ini diadakan 3 hari selepas majlis akad nikah mereka di Kelab Darul Ehsan. Nantikan gambar-gambar majlis resepsi mereka akan menyusul.












Kami menempuh perjalanan yang sangat jauh untuk tugasan kali ini. Hampir 5 jam setengah baru sampai, dari Kuantan ke Besut. Jalan sesak di K.Terengganu mungkin sebab orang ramai berpusu-pusu balik kampung sempena cuti hari buruh. Apa pun, Alhamdulillah, semuanya selamat.
Majlis perkahwinan Aina dan Fidi bermula dengan majlis bertunang yang ringkas, pada pagi Sabtu. Diikuti dengan majlis akad nikah selepas zuhur dan sebelah petangnya kami terus buat sesi outdoor. Manakala majlis bersanding pula keesokan harinya.
Kami doakan Aina dan Fidi berbahagia menjalani kehidupan berumahtangga, walaupun masing-masing selepas ini tinggal berjauhan. Bak kata pepatah, “seorang di laut, seorang di indon, di mana-mana pun boleh bertemu jua”. hihi…










